Jul 9
Tidak boleh tanda solat di luar waktu
Update terbaharu menghalang pengguna tanda solat di luar waktu. Seperti contoh jika jamak takdim Zuhur & Asar, keluar notifikasi tidak boleh tanda solat Asar. Untuk solat qada’ pon sama di mana keluar notifikasi untuk solat fardu dalam waktu dulu baru boleh tanda. Memandangkan solat qada’ boleh dilakukan pada bila-bila masa, jadi mungkin kurang sesuai untuk restrict tanda solat qada’ hanya pada waktunya
Completed
Terima kasih atas maklum balas dan penerangan yang jelas. Isu ini sebenarnya berpunca daripada logik baharu yang kami perkenalkan dan kami terlepas pandang beberapa situasi seperti solat jamak serta solat qada’. Memang betul, solat qada’ boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak sepatutnya dihadkan mengikut waktu solat semasa. Kami akan membetulkan perkara ini dalam kemas kini akan datang v1.8.4. Terima kasih sekali lagi kerana melaporkan isu ini dan membantu kami menambah baik goSolat.